Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ada sedikit persoalan berkenaan ilmu al-Quran, adakah sah bacaan seseorang itu sedangkan dia tidak bertalaqi bacaannya dengan guru, yakni mungkin dia hanya meniru bacaan dari qari-qari melalui Youtube, apakah sah bacaan yang dilakukannya tanpa bertasmik kepada guru ? apa hukumnya ? sekian..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, sebaiknya, bagi mengesahkan sesuatu bacaan quran, mestilah bertemu dengan guru yang boleh menyemak dan membetulkan bacaan seseorang. Belajar melalui youtube tidak salah, tetapi perlu ada guru yang mahir yang boleh mendengar bacaan saudara dan boleh memperbetulkan sebarang kesalahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.