Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Kami sekeluarga menjual tanah dan dalam perjanjian, pembeli perlu bayar sebelum atau pada tarikh tertentu. Mengikut perjanjian juga, jika pembeli tidak dapat membuat pembayaran penuh mengikut tarikh yg ditetapkan, penalti fee akan dikenakan. Bolehkah kami mengambil bayaran penalti itu? Atau adakah ia haram untuk diambil?
Jawapan
Secara asasnya, dalam hukum syarak, sebarang bentuk denda atau penalti kewangan yang dikenakan atas kelewatan bayaran dalam urusan jual beli yang melibatkan bayaran tertangguh boleh membawa kepada unsur riba. Hal ini berdasarkan kaedah:
Maksudnya: Setiap pinjaman yang membawa kepada keuntungan (bagi pihak pemberi pinjam), maka ia adalah riba.
Oleh itu, meletakkan syarat atas kelewatan pembayaran atas hutang adalah dilarang.
Sekian, terima kasih