BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya, saya ada ke spa bagi mengurut badan, setelah beberapa hari saya terfikir minyak urut yang digunakan itu minyak apa? Saya kembali bertanya dan staff nya cuma jawab minyak matahari sahaja, perlu kah saya meragui jawapan nya atau saya yakin sahaja minyak matahari yang digunakan itu tidak mengandungi unsur babi? 

Harap pihak tuan dapat memberi pencerahan kepada kemusyikilan saya, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Dalam Islam, asas kepada semua perkara adalah harus dan suci, selagi tidak ada bukti jelas yang menunjukkan ia haram atau najis. 

Dalam persoalan yang dikemukakan, jika pihak SPA telah pun menyatakan bahawa mereka hanya menggunakan minyak matahari (sunflower oil), dan tidak ada petunjuk yang  jelas bahawa ia bercampur dengan bahan  yang syubhah atau haram (seperti lemak babi), maka tuan tidak perlu meragui secara berlebihan. Dalam Islam, asasnya adalah kita hendaklah berpegang kepada zahir sesuatu maklumat selagi tiada bukti kukuh yang menunjukkan sebaliknya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image