BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum saya ingin bertanya tentang bacaan ketika solat. kan kalau dalam solat kita kena baca mengikut tajwid yang betul, tapi contohla ketika sujud, bacaan "subhana rabbiyal a'la wabihamdihi" tu saya tak sengaja baca ha pedas menjadi ha bulat. dan saya takut ia mengubah makna menjadi makna yg lain. sekarang sy takut sama ada adakah sy perlu mengulangi syahadah saya. dan ketika saya bersyahadah, kalimah "ilallah" tu saya tak sengaja baca secara tak full (maksudnya saya tak sengaja tak bunyikan kalimah "ha" di belakang). kemudian sy berhenti sejenak, dan bersyahadah semula secara berbisik. adakah dua perkara ini dapat membatalkan iman seseorang? adakah dengan menceritakan perkara ini juga dapat membatalkan iman seseorang? apakah yang patut saya buat? jika seseorang tertanya-tanya "adakah perlu bersyahadah semula" itu adakah ia juga sesuatu yg dpt menjejaskan aqidah?  saya sangat risau. kadang² ketika solat, sy risau jikalau sy tersilap baca dan mengubah makna sesuatu perkataan. saya minta maaf kerana bertanya banyak soalan. terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, tersilap baca ketika solat tanpa niat menyindir atau merendahkan syariat tidaklah berdosa dan tidak terkeluar daripada Islam. Oleh itu, tidak perlu bersyahadah semula. Cuma yang perlu dilakukan adalah menuntut ilmu fardu ain sehingga selesai serta memahirkan bacaan al-Quran mahupun tajwid. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image