Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya sebagai isteri,ketika pergaduhan berlaku,suami suka halau keluar dari rumah, contoh ayat suami cakap 'keluar kau dari rumah ini, kau nak buat apa lepas ini terpulanglah.' saya menyatakan 'kalau kau cakap 'keluar' kita cerai'..suami pun cakap 'keluarlah kau'.adakah itu jatuh talak? walaupun tanpa niat.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, ayat suami iaitu: 'keluar kau dari rumah ini, kau nak buat apa lepas ini terpulanglah.' dan ayat kedua iaitu : 'keluarlah kau', kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai lafaz cerai secara kinayah (kiasan). Secara umumnya, sekiranya suami berniat cerai semasa melafazkan ayat tersebut maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Oleh itu, puan atau suami perlu membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang berdekatan.
Sekian, terima kasih.