Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, pertanyaan saya mengenai ibu saya. Ibu saya mempunyai penyakit kencing manis dan kesan dari itu kaki ibu saya mengalami kerapuhan tulang dimana tulang tapak kaki yang menyokong kaki sudah rapuh. Jika berjalan kaki berkenaan akan membengkak dan sakit. Persoalan nya sekarang adakah dibolehkan ibu saya solat secara duduk atau perlu melakukan solat secara berdiri semasa awal solat dan duduk di kerusi untuk rukuk dan sujud? kerana dia pernah bertanyakan hal ini tapi jawapan nya membuatkan dia keliru. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya semasa berdiri lama akan mendatangkan mudharat, maka dibolehkan melakukan solat duduk dilantai dengan memulakan takbiratul ihram terlebih dahulu dalam keadaan berdiri. Sekiranya duduk dilantai juga memudharatkan, maka dibolehkan untuk duduk di atas kerusi tanpa bersandar. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada daripada Imran bin Husain RA katanya, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat. Baginda bersabda: صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.