BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualikum, saya nak tanya apakah hukum sekiranya saya tidak boikot facebook atas alasan sumber saya mencari rezeki. Ini kerana saya selalu guna fb ads unutk membuat iklan jualan produk saya kerana melalui platform ini saya boleh dapat banyak jualan. Jadi adakah perlu memboikot facebook ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk pada persoalan saudara, menyokong kempen boikot adalah tindakan terpuji (mustahab) jika mampu, kerana ia mencerminkan solidariti umat Islam dan tekanan kepada pihak yang zalim selagi tidak membawa mudarat yang lebih besar kepada diri, keluarga atau ekonomi.

Boikot dalam Islam bukanlah satu kewajiban mutlak, melainkan jika diarahkan oleh pemerintah Islam atau telah disepakati secara menyeluruh oleh majoriti umat Islam dengan kesan yang nyata. Ia adalah wasilah (alat atau strategi). Oleh itu, hukum boikot bergantung kepada niat serta kesan yang terhasil daripada tindakan boikot tersebut bukan semata-mata semangat atau emosi.

Jika tindakan boikot benar-benar memberi tekanan kepada pihak yang zalim, dan umat Islam mampu bertahan tanpa bergantung kepada produk atau platform tersebut, maka ia amat digalakkan.

Namun, sekiranya seseorang bergantung kepada platform seperti Facebook Ads untuk kelangsungan rezekinya dan tiada alternatif lain yang setanding bagi mencapai fungsi yang sama maka penggunaan platform itu tetap diharuskan. Lebih-lebih lagi jika ia digunakan untuk tujuan yang halal dan bukan menyebarkan kemungkaran, maksiat atau dosa.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image