BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz

Saya ingin bertanya tentang talak sah atau tidak .

Ketika bertengkar suami tidak sengaja telah berkata kepada isteri ,(selangkah kau keluar jatuh talak) dan isteri pun tetap keluar..

Dalam keadaan marah dan penat pulang kerja suami terlafaz perkata bergitu tanpa niat sama sekali,  ada kah sah apa yang di lafaz kan oleh suami pada isteri...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada persoalan, berkenaan lafaz taklik yang diucap oleh suami iaitu : “selangkah kau keluar jatuh talak“, ia adalah lafaz taklik yang bersyarat. Jika berlakunya perkara yang ditaklikkan, maka dikhuwatiri akan jatuh talak tersebut. Sebaiknya berkaitan dengan lafaz taklik ini terus berhubung dengan pihak Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran bagi pengesahan lafaz dan penentuan status perkahwinan suami isteri tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image