Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , ada tak pendapat ulamak yang boleh orang awam seperti saya pakai yang mengatakan bulu kucing adalah suci apabila ia tertanggal dari badannya .Ini kerana, rumah saya terlampau banyak sangat bulu kucing setiap kali saya memakai baju pasti akan ada bulu kucing melekat di celah² baju yang kadang-kadang sukar dilihat oleh mata. Mohon penjelasan terima kasih
Jawapan
Bulu kucing yang terpisah daripada badan kucing adalah najis. Walaupun begitu, terdapat perincian tentang solat dalam keadaan ada bulu kucing melekat di pakaian solat. Jika bulu itu banyak dan boleh kelihatan dengan jelas, maka ia tidak dimaafkan dan tidak sah solat tersebut. Jika bulu tersebut telah dibersihkan dan tinggal sedikit sisa bulu tersebut atau ada bulu tapi tidak kelihatan kerana sedikit atau halus, maka ia dimaafkan dan solat masih sah.
Sekian, terima kasih.