Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya beberapa soalan.
- Apakah hukum seseorang bernikah dalam keadaan tengah mengandung?
- Adakah proses2 yang perlu dilakukan setelah berlakunya pernikahan?
- Apakah hubungan suami dengan anak yang dikandung setelah kelahirannya?
Harap pihak Tuan dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.
Jawapan
Perkahwinan seseorang perempuan yang mengandung disebabkan zina dengan lelaki yang melakukannya adalah diharuskan. Walau bagaimanapun, anak yang dikandung tetap berstatus anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan (dibin/ dibintikan) kepada pasangan. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Januari 1971 telah membincangkan Hukum Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah dan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya
Hubungan antara suami dengan anak yang dikandung setelah kelahirannya adalah bapa tiri. Namun, nafkah anak adalah ihsan bagi si suami kerana ianya di bawah tanggungan isteri.
Sekian, terima kasih.