BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya nak bertanya, cara rukuk untuk perempuan yang sebenar bagaimana ya? adakah siku mesti dirapatkan ke badan atau tidak? mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, keadaan rukuk bagi perempuan menurut Imam as-Syafie dalam kitab al-Umm bermaksud; “Aku menyukai untuk wanita ketika sujud melekatkan siku dengan lambung, merapatkan perut dengan lutut kerana ini lebih menutupi bagi wanita. Seperti itu juga yang saya sukai untuk wanita ketika rukuk dan seluruh gerakan solat.” Oleh itu, lebih utama bagi seorang wanita ketika rukuk agar merapatkan sikunya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 488

message user image