Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Menurut link di bawah [1], mufti Selangor telah menetapkan bahawa menindik hidung adalah haram. Manakala, pendapat mufti Wilayah Persekutuan TIDAK menjatuhkan hukum terhadap perbuatan tersebut sebagai haram [2].
Mengapakah ada ketidaksependapatan dalam hal ini? Apakah muktamad hukumnya adalah haram?
[1] https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=1404
[2]. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3120-al-kafi-1107-apakah-hukum-menindik-piercing-selain-earlobe-bagi-seorang-perempuan
Jawapan
Permasalahan menindik hidung adalah diharamkan kerana ia menyerupai perbuatan orang kafir dan ia bukan adat yang baik. Dalam hal ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pandangan yang sama tentang pengharaman menindik hidung. Berikut pautan bagi Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan:
https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=1404#:~:text=Merujuk%20kepada%20persoalan%20saudara%2C%20menindik,dilarang%20menyerupai%20perbuatan%20orang%20kafir.
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/6055-al-kafi-2008-hukum-menindik-hidung
Akan tetapi, berbeza pula hukumnya menindik telinga. Permasalahan menindik telinga tidak sama dengan permasalahan menindik hidung. Para ulama berbeza pandangan tentang hukum menindik telinga. Menurut sebahagian ulama mazhab al-Syafi'i, hukum menindik telinga adalah tidak dibenarkan secara mutlak. Manakala sebahagian lagi hanya mengharuskannya kepada kanak-kanak perempuan sahaja (Tuhfah al-Muhtaj 9/195-196)
Sekian, terima kasih.