BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya,apakah jatuh talak sekiranya sesorang itu dalam keadaan tertekan dan bercakap " Jika kamu hendak keluar,keluarlah,saya boleh lepaskan kamu"

Lafaz yang diucapkan tidak berniat untuk cerai,hanya sekadar memberitahu bahawa isteri boleh keluar dari rumah jika dia mahu keluar.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Lafaz yang diungkapkan tersebut tidak termasuk dalam kategori lafaz talak sama ada sorih (jelas) ataupun kinayah (sindiran) kerana ia adalah lafaz dalam bentuk khabari iaitu satu pernyataan yang bersifat cadangan, perkhabaran, peringatan dan seumpama dengannya. Maka ia tidak menyebabkan jatuhnya talak. Apatah lagi suami tidak mempunyai niat untuk mentalakkan isteri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image