BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan , saya nk bertanya tentang pasangkan saya punya masalah , sekrang ni kalau nikkah kita perlu ikutkan bapa dalam ic kan? tapi mcm kes pasanggan saya ni , ic dia bukan lah ayah kadung dia  , malahan sedara nya disebabkan bapa kadungnya tak punya kewargeneragaan lagi , jadi sbb itu lah dia berbintikan pakcik nya , jadi hukumnya mcm mana nk nikkah dengan dia ya? Dan wali mcm mana ya? sbb walinya jauh damn tkda contact serta bapak kadungnya tu dah bercerai bersama mak kadungnya , jadi pasangan saya tu dia duduk bersama  mak kadungnya sekrang.. mohon penjelasan , sbb saya nk bertunang dengan dia tak lama lagi... sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Isu perwalian dalam pernikahan perlu dititikberatkan kerana ia merupakan rukun nikah yang semestinya ada ketika akad pernikahan berlangsung. Wali yang sah mesti terdiri daripada mereka yang mempunyai hubungan nasab yang sah dan beragama Islam. 

Oleh itu dalam hal ini, wali yang sah adalah merujuk kepada bapanya bukan pula pakciknya kerana hubungan nasab yang sah menjadi asas perwalian bukan semata-mata berdasarkan nama dalam IC atau dokumen. Meskipun pasangan anda berbinkan pakciknya dalam kad pengenalan, namun ia tidak mengubah hakikat bahawa wali yang sah untuk perkahwinan beliau ialah ayah kandungnya. Justeru langkah yang boleh diambil adalah pihak bakal pasangan perlu berusaha mendapatkan walinya iaitu ayahnya sebaik mungkin. Akan tetapi jika setelah berusaha dan masih tidak dapat menghubungi ayahnya maka dia perlu merujuk kepada pihak mahkamah syariah untuk mendapatkan kebenaran perkahwinan menggunakan wali hakim.

Dalam hal ini, dicadangkan agar pihak tuan dan bakal pasangan merujuk kepada pihak Pejabat Agam Islam Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan serta prosedur lanjut. Langkah ini penting agar pernikahan yang dilangsungkan nanti benar-benar sah dari segi syarak dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image