Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak bertanya apakah hukum membuat rawatan Interproximal Reduction (IPR) pada gigi ya? Gigi saya baik dan sihat sahaja, cuma sedikit "flared out" (jongang). Hal ini menyebabkan saya agak kurang keyakinan diri (insecure) untuk senyum dengan normal. Jika dibolehkan, saya ingin membuat rawatan IPR tersebut supaya saya dapat senyum dengan yakin.
Saya sudah membuat sedikit pembacaan berkenaan rawatan IPR ini, dan apa yang saya fahami, rawatan ini melibatkan proses mengikis enamel gigi bagi memberi ruang untuk merapat dan menegakkan susunan gigi yang jongang. Kemudian, rawatan diteruskan dengan pemakaian 'invisible braces' selama 9 hingga 12 bulan.
Saya timbul keraguan tentang rawatan ini kerana ia melibatkan proses pengikisan enamel gigi, dalam kadar 0.25 mm setiap sisi bagi memberi ruang untuk merapatkan gigi. Apakah hukum melakukan rawatan ini?
Jawapan
Seperti yang sedia maklum bahawa rawatan Interproximal Reduction (IPR) adalah melibatkan pengikisan sedikit enamel gigi (±0.2–0.5 mm per sisi) dengan tujuan meluruskan gigi yang padat atau tidak sejajar, bukan untuk kecantikan semata-mata Berdasarkan situasi yang diterangkan, membuat rawatan gigi tersebuit adalah harus. Ini kerana ia tidak dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah SWT. Ia seperti rawatan pemakaian braces gigi.
Sekian, terima kasih.