BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Mufti dan Para Asatizah

 

Ingin bertanya. Apakah hukum onani untuk mengelakkan diri dari melihat video lucah


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk pada persoalan saudara, perbuatan melakukan onani hukumnya adalah haram dan berdosa. Melakukan onani bagi mengelakkan dari melihat video lucah itu bukan caranya yang dianjurkan dalam Islam. Bagi pasangan yang belum berkemampuan untuk berkahwin, hendaklah menjaga kemaluannya daripada cenderung kepada syahwat. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Maksudnya: Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat. (Riwayat Muslim)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 4

message user image