Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1. Saya adalah persara tentera. Saya mempunyai 8 orang anak 4 lelaki dan 4 perempuan. Semasa mereka masih kecil saya mendidik mereka membaca Al Quran sendiri di rumah dan mengajar mereka bersolat, setelah mereka bersekolah rendah saya hantar mereka belajar mengaji dgn ustaz dan ustazah di tempat saya dulu. Ke semua anak2 saya berjaya di dalam hidup dan kesemuanya lepasan Universiti dengan mendapat ijazah kecuali seorang hanya ada diploma. Di antara ke semua anak2 saya, anak yang bongsu saya hantar ke Sekolah Tahfiz selama 3 tahun, disambung ke sekolah menengah agama selama 2 tahun untuk membolehkan dia mengambil peperiksaan SPM dan allahmdullillah walaupun tak ada basic akedemi tapi dia lulus walaupun tak cemerlang tapi masih boleh menyambungkan pelajarannya di Kolej Mara di Bangi. Fokus saya hanya kepada anak bongsu saya.
2. Persoalan saya ialah walaupun dia bekas pelajar tahfiz dan bersekolah agama saya lihat pembawakan dia dalam hidup tidak seperti yang saya harapkan dan tidak seperti perangai abang2 dan kakak2 dia yang lain. Dia baru habis belajar dan telah bekerja( kerja biasa sahaja) dan tinggal bersama saya di kampung. Saya telah banyak kali menasihati dia supaya memilih kawan yang boleh membawa dia kepada kebaikan yang berlandaskan keagamaan. Selepas kerja dia tidak terus balik ke rumah dan pergi ke rumah kawan dia yang tak jauh dari rumah saya mungkin mereka bersembang atau main game di komputer saya tak pasti malah pernah suatu hari tanpa dia sedari saya mengintai apa yang dibuat oleh anak saya di rumah tersebut dgn kawan2 dia dan mmg mereka bermain game di Handphone masing2. Anak saya akan balik ke rumah sekitar jam 2 atau 3 pagi boleh dikatakan setiap hari. Yang saya risau saya tidak merokok dan tidak menghisap vape tapi suatu hari isteri saya terjumpa alat penghisap vape tetapi dia tak berapa pasti kerana tak kenal rupa alat tersebut, saya tanya anak saya adakah dia berkumpul dgn kawan2 menghisap vape tapi dia menafikan. Suatu hari semasa dia tidur saya kejut dia untuk solat Subuh setelah kembali dari masiid. Dengan izin Allah saya terjumpa alat penghisap vape tersebut dan mengambilnya, dia kemudian mencari di dalam bilik tidur saya dan terjumpa alat tersebut. Saya cukup risau dengan perangai dia setiap kali hendak solat Subuh saya terpaksa memgejutnya itu bila dia ada di rumah bagaimana jika berada di rumah kawan atau di rumah kakaknya di KL (kakak dia ada rumah di KL tapi tidak diduduki hanya sesekali dia ke sana).
3. Adakah saya bersalah dalam hal ini dan setiap kali solat saya mohon kepada Allah untuk tidak memesongkan hidup anak saya. Ada kalanya bila mengenangkan perkara ini air mata saya akan berlinang. Saya dulu agak garang dgn anak2 saya.Saya bekas Pegawai Tentera bersikap tegas dengan anggota saya dulu dalam hal disiplin tapi rasa gagal dalam mendisiplinkan anak saya. Saya pernah beritahu kepada ke semua anak2 saya sekiranya mereka masuk ke hospital akibat menghispa vape sayw tidak akan pergi melawat begitu juga jika mereka masuk penjara kerana dadah. Apakah pendapat ustaz dalam hal ini, adakah saya berdosa dan adakah saya sentiasa perlu menasihati dia sentiasa atau memhiarkan dia hanyut dengan perangai dia
Jawapan
Berdasarkan kepada penerangan tersebut, difahami bahawa anak tersebut telah pun dewasa. Anak tersebut mampu untuk membuat pilihannya sendiri dan memahami akibat setiap tindakannya. Tuan sebagai bapa tidaklah bersalah dan tidak berdosa dalam hal ini kerana telah mendidiknya daripada dulu lagi. Hal ini yang dipertanggungjawabkan adalah mendidik. Adapun urusan mendapat hidayah adalah urusan Allah SWT. Bahkan Nabi-Nabi terdahulu ada juga ahli keluarganya yang tidak beriman kepada Allah SWT walaupun telah disampaikan dakwah. Oleh itu, teruskan nasihat tersebut sambil disulami dengan doa supaya anak tersebut mendapat hidayah Allah SWT. Antara doa yang boleh diamalkan adalah seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Furqan ayat 74:
maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Sekian, terima kasih.