Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Suami saya seorang cina dan memeluk agama Islam kerana mahu berkahwin. Pada tahun pertama dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan baik. Tetapi akhir2 ni tak lagi. Pernah juga saya mengajak solat bersama tetapi dia kata nanti bukan sekarang. Baru2 ini kami berbual luar topik agama tetapi dalam perbualan tanpa sengaja dia ada tersebut "tuhan alam dia". Soalan saya apa patut saya buat untuk memastikan dia tidak lagi mempercayai agama dia sebelum islam? Suami saya seorang lelaki yang baik rajin dan bertanggungjawab cuma dia sangat degil. Apa pendapat kami yang agak tidak serasi dia lebih mendiamkan diri tetapi dia tetap dengan pendiriannya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana puan tinggal di Johor, sila rujuk kepada pihak berkuasa agama di Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Johor atau Jabatan Mufti Negeri Johor, supaya tindakan yang boleh diambil sesuai dengan prosedur negeri yang dapat dilakukan demi menyelamatkan aqidah suami dan mengharmonikan hubungan dalam rumahtangga yang dibina. #Percakapan melalui telefon pada 1/2/2018 adalah berkaitan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.