BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. saya membawa wang syarikat sebanyak 10 ribu dengan kereta. Dipertengahan jalan saya telah dirompak. Saya telah membuat laporan polis. Soalan saya dari segi agama islam, perlukah saya mengganti balik wang itu kepada syarikat? Assalamualaikum


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, rompakan itu adalah suatu yang tidak diingini dan ia berlaku diluar kawalan. Sekiranya menaiki kenderaan sendiri dengan mendapat kebenaran berdasarkan syarat-syarat tertentu maka tidak perlu untuk mengganti semula wang tersebut jika semua prosedur dan garis panduan syarikat telah dipatuhi. Tetapi jika tanpa kebenaran dan syarikat telah menyediakan kenderaan khas serta pengiring, maka perlu ganti wang tersebut kerana dikira telah cuai. Serahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Sebarang tindakan lanjut oleh pihak syarikat juga akan bergantung kepada hasil siasatan polis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image