Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Dalam tempoh iddah kematian suami, bolehkah si isteri keluar untuk mengambil dan menghantar anak dan cucu ke sekolah? Kebiasaan mengambil dan menghantar telah dilakukan berdua bersama suami.
Wujudkah nas-nas yang mengatakan si isteri tidak boleh memasak ketika iddah? Telah diberitahu oleh orang ramai bahawa si isteri tidak dibenarkan untuk memasak ketika iddah.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya tiada ahli keluarga lain yang boleh diharapkan untuk mengambil/ menghantar anak dan cucu maka terpaksalah si ibu yang kematian suami ini menguruskannya dengan menjaga adab-adab ketika beriddah. Sebaiknya ada ahli keluarga lain turut sama membantunya atau boleh juga menggunakan khidmat bas sekolah mengambil/menghantar anak dan cucu tersebut.
Tiada nas berkenaan larangan memasak bagi wanita dalam iddah. Terpulang kepada si isteri untuk memasak ataupun tidak.
Keterangan lanjut berkaitan iddah, boleh layari link di bawah:
Sekian, terima kasih.