BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

 

Saya ingin bertanya, bolehkah wang TABUNG SURAU digunakan untuk tujuan membiayai tenaga pengajar kelas Al-quran dan Iqra yang dijalankan di surau berkenaan dan pelajar-pelajar adalah terdiri dari anak-anak kariah kampung tersebut


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan saudara, wang tabung surau boleh digunakan untuk membayar tenaga pengajar kelas Al-Quran dan Iqra’, terutama apabila kelas tersebut dijalankan di surau dan melibatkan anak-anak kariah setempat.

Ini kerana tabung surau merupakan sumbangan orang ramai yang diamanahkan untuk tujuan keagamaan. Antara matlamat utama pembinaan sesebuah surau atau masjid adalah bagi mengimarahkan rumah Allah melalui pelaksanaan aktiviti keagamaan, termasuklah pendidikan al-Quran kepada masyarakat, khususnya generasi muda. Maka, perbelanjaan seperti ini dianggap wajar, menepati tujuan asal penubuhan surau, dan sangat digalakkan dalam syarak.

Perkara ini juga bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W.: 

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya. (Riwayat al-Bukhari)

Walau bagaimanapun, adalah penting agar penggunaan ini diluluskan dalam mesyuarat AJK Surau, direkodkan secara rasmi dan digunakan dengan penuh amanah dan ketelusan. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 3

message user image