BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya ingin memohon pandangan hukum syarak berkenaan satu isu peribadi yang melibatkan rawatan di kawasan aurat (kemaluan) wanita.

Untuk makluman pihak tuan, saya seorang wanita Muslim yang sebelum ini pernah melakukan waxing sendiri di kawasan kemaluan (Brazilian waxing), dan kesan daripada amalan tersebut, kulit saya kini mengalami masalah seperti:

- Banyak ingrown hairs yang menyakitkan dan tidak sembuh walaupun setelah pelbagai rawatan dicuba.

- Warna kulit menjadi kusam dan tidak sekata, jauh berbeza dengan tona asal.

Setelah itu, saya berhenti waxing dan mencuba shaving, tetapi hasilnya tetap sama — kulit menjadi semakin teruk dan tidak sihat. Saya juga sudah cuba pelbagai tips dan produk untuk menghilangkan dan memulihkannya, tetapi masih sama, dan banyak duit saya telah habis akibat produk yang dah invest, tapi tidak berkesan. 

Kini saya sedang mempertimbangkan untuk menjalani rawatan Brazilian laser di spa atau klinik, di mana biasanya kulit dapat kembali ke keadaan asal dengan hanya beberapa treatments, yang dilakukan oleh wanita sahaja, dengan tujuan khusus berikut:

1. Untuk merawat kesan-kesan buruk daripada waxing/shaving sebelum ini (ingrown, keradangan, pigmentasi).

2. Untuk mengembalikan kesihatan dan tona asal kulit, menjelang perkahwinan saya - untuk bakal suami. 

3. Saya hanya akan menjalani rawatan ini sehingga kulit kembali pulih, bukan secara berterusan atau demi kecantikan semata-mata.

Saya amat menjaga aurat dan memahami sensitiviti isu ini. Oleh itu, saya ingin mendapatkan pandangan hukum syarak — adakah tindakan ini dibenarkan jika dilakukan oleh wanita, dengan niat untuk rawatan pemulihan dan bukan untuk kecantikan tabarruj?

Saya amat menghargai bimbingan dan penjelasan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan masa pihak tuan.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Pertama sekali, syabas  atas keprihatinan dan kepekaan saudari terhadap hukum syarak serta penjagaan aurat, khususnya dalam situasi yang sangat peribadi dan mencabar seperti ini. Persoalan ini menunjukkan kesedaran tinggi dan tanggungjawab sebagai seorang Muslimah. Perkara pokok yang perlu diambil perhatian adalah penjagaan aurat pesakit wanita muslimah seperti melibatkan penutupan aurat (bahagian tubuh yang wajib ditutup) yang merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, dalam keadaan biasa. Apabila sakit, aurat boleh dibuka mengikut keperluan rawatan dengan syarat hanya melibatkan anggota yang perlu dirawat dan dilakukan di hadapan mahram atau wanita lain.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan, secara asasnya rawatan seperti ini adalah diharuskan berdasarkan kepada dhorurah iaitu untuk menyembuhkan penyakit kulit yang tidak sembuh dengan kaedah rawatan biasa. Sepanjang rawatan ini hendaklah dilakukan oleh perawat wanita dengan menjaga batas aurat sedaya mungkin disamping niat yang betul dan tidak dilakukan secara berterusan tetapi sehingga hilang sakit.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image