Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin menanyakan hukum syarak bagi persediaan individu yang bujang, sebelum berkahwin:-
Adakah dibenarkan untuk membuat rawatan persediaan seperti ejakulasi pra-matang?
Adakah bacaan kitab/buku panduan ilmu kelamin yang dilabelkan "menurut islam" sahih dan dibenarkan syarak untuk dipelajari?
Sekiranya disyaki ada permasalahan dari segi batin, apa hukum/keperluan memberitahu bakal isteri?
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan, membuat rawatan persediaan seperti ejakulasi pra-matang atau apa-apa sahaja rawatan bertujuan mengelakkan permasalahan rumah tangga adalah dibenarkan.
Berkenaan dengan buku atau kitab panduan ilmu kelamin menurut Islam, pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak dapat memberi kata putus kerana ketiadaan maklumat atau sumber berkenaan buku tersebut.
Jika mempunyai sebarang masalah kesihatan batin atau apa-apa masalah kesihatan lain adalah dibenarkan untuk memaklumkan kepada bakal suami atau isteri. Ini bertujuan bakal suami atau isteri dapat menerima kekurangan pasangan sebelum berkahwin dan juga sebagai persediaan bagi menjalani kehidupan berumahtangga.
Sekian, terima kasih.