BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada sedikit pertanyaan tentang solat. Soalan pertama: Kesilapan dan was-was tentang bacaan. Setelah cuba memperbaiki ucapan-ucapan solat saya bimbang dengan kesilapan yang lalu mengenai huruf-huruf seperti 'aliff atau hamzah' dengan 'ain. Juga Ta dengan Tho, Sin dengan shim. Adakah kesilapan ini mengakibatkan solat selama ini tidak sah walaupun tidak tahu/baru mengetahui? Soalan Kedua: Saya ada membaca pendapat mengatakan bacaan suara angin menyebabkan solat terbatal dan ada juga yg menyatakan tidak batal asal ianya dengar ditelinga. Bolehkah saya mendapat kepastian yang mana sebenarnya. Kerana kebiasaan solat saya cuba memperlahankan suara hingga hanya saya mendengar supaya tidak mengganggu org lain solat. Terima kasih atas bantuan Ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kesilapan yang tidak disengajakan dan telah mencubanya memperbaikinya dengan berguru adalah dimaafkan, solatnya sah. Berkaitan dengan kebimbangan yang tuan rasainya adalah baik, supaya tuan terus berusaha memperbaikinya. Tetapi kebimbangan yang timbul perlu dikawal supaya tidak menjadi keterlaluan yang boleh membawa kepada penyakit was-was, yang susah di atasi. Dalam solat, bacaan al-Fatihah adalah rukun qauli. Tidak membaca al-Fatihah menyebabkan tidak sah solatnya. Termasuk dalam pengertian membaca mestilah menyebut dengan menggunakan anggota bibir (mulut) lidah dan mengeluarkan suara berdasarkan huruf-hurufnya. Bagaimanapun, membaca dengan suara yang kuat boleh mengganggu jamaah yang lain adalah makruh. Oleh itu, bacalah sekadar didengar di telinga sendiri. Bacaan dalam hati tidak termasuk bacaan. Begitu juga bacaan angin. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 176

message user image