BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada soalan mengenai seller movie, saya seorang seller digital movie kod, yang mana kod itu diperoleh dalam setiap pembelian disc original USA yang telah disediakan oleh pihak studio, kemudian kod itu boleh ditebus pada platform yang telah ditetapkan oleh studio dan pembeli boleh menonton movie itu secara legal seperti telah membeli terus melalui platform itu, pelanggan saya adalah 98% dari USA, soalan saya;

1. Apakah hukum saya menjual kod digital movie itu?

2. Adakah hasil pendapatan dan keuntungan boleh digunakan untuk kegunaan diri sendiri dan buat amal kebaikan dan ibadah seperti korban?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum menjual digital movie code bergantung kepada 2 perkara utama iaitu:

1. Izin daripada syarikat pengeluar sama ada membenarkan penjualan secara berasingan digital movie code tersebut atau tidak, sekiranya syarikat pengeluar membenarkan maka harus menjualnya sekiranya tidak maka penjualannya adalah termasuk di dalam perkara yang melanggar kontrak jual beli dan ia dilarang di dalam Islam.

2. Jenis filem yang dijual sekiranya filem yang dibeli adalah filem yang mempromosikan maksiat maka hasil pendapatan yang diterima adalah pendapatan yang haram sebaliknya jika filem yang dibeli dan dijual adalah filem yang mempromosikan dakwah dan mengingatkan penonton kepada Allah SWT maka ia adalah pendapatan yang harus untuk digunakan.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image