BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada persoalan berkenaan menjual tanah kepada orang bukan Islam bagi tujuan membuat tanah perkuburan mereka. Adakah dibenarkan dalam Islam? Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, urusniaga tersebut adalah harus. Perkara ini termasuk dalam bab berbuat baik kepada mereka yang tidak dilarang syarak kerana urusniaga tersebut tidak mempunyai unsur-unsur membantu atau mendukung kekufuran dan kemaksiatan serta menyebabkan penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Masúd yang bermaksud: “Rasulullah SAW memberikan tanah Khaibar kepada Yahudi untuk mengusahakannya dan bercucuk tanam padanya, mereka mendapat setengah apa yang terhasilnya”. (Riwayat al-Bukhari) Pun begitu, hendaklah melihat keutamaan dalam penjualan tanah tersebut. Jika keutamaannya menjurus kepada keperluan orang Islam, maka ia perlu diutamakan terlebih dahulu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 174

message user image