BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Semoga Allah merahmati kita semua. Maaf,saya ada satu soalan tentang permainan video. Saya tahu bahawa permainan video yang mempunyai cerita tentang "Dewa" atau yang berkaitan adalah haram. Namun saya ingin bertanya tentang satu video game yang berkenaan. Dimana dalam cerita game tersebut,ada satu villain yang backstory nya dia di "worship" oleh sesebuah suku pada masa dahulu kerana menghancurkan kediaman mereka. Dia di gelar sebagai "God of Destruction" oleh suku tersebut. Namun dia tidak pernah mengakui dirinya tersebut sebagai "dewa" atau pun ingin dirinya di "sembah". Dia bahkan tidak tahu bahawa dirinya diagungkan seperti itu. Adakah boleh untuk bermain video game ini? Maaf jika soalan ini seakan akan main² tapi saya betul betul bertanya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hukum asal bagi bermain video game adalah harus. Walaupun begitu, bagi permainan yang mempunyai unsur syirik seperti sihir, dewa dan lain-lain unsur syirik adalah dilarang. Hal ini bertepatan dengan kaedah "sesuatu yang boleh membawa kepada haram maka ia adalah haram". Bahkan permainan video game seperti itu tidak mempunyai unsur maslahah (kebaikan) kepada agama. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image