BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya semasa saya di tempat kerja, mama saya kata ayah saya melafazkan cerai dalam keaadaan waras dan tanpa paksaan bersaksikan adik saya yang berusia 11 tahun. Adakah jatuh talak satu? Atau tidak keranan adik saya belum baligh. Talak tak memerlukan saksi kan? Jadi apa status perkahwinan ibu bapa saya sekarang?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Saksi tidak termasuk dalam rukun talak yang lima, iaitu suami atau wakilnya, lafaz, orang yang ditalak (isteri), wilayah (kekuasaan suami), dan niat (jika perlu kepada niat). Justeru, jika perbuatan talak yang dilakukan memenuhi rukun-rukun tersebut berserta syarat-syartnya, maka dikira jatuh talak secara zahirnya. Namun, untuk penentuan secara pasti, perkara ini perlu dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah dalam menentukan situasi tersebut dengan mengambil kira pelbagai aspek.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 108

message user image