Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah,
1. Persoalan saya, saya mengalami was-was tentang penggunaan pinggan mangkuk buatan dari China, perlu kah ada label untuk mengesahkan pinggan mangkuk tersebut halal digunakan?
2. Soalan kedua, untuk produk seperti sabun , pencuci, perfume rumah dan perlukah ada label halal bagi penggunaan nya?
Terima kasih
Jawapan
Menjawab soalan yang diajukan:
1. Secara umumnya hukum asal sesuatu perkara itu adalah suci melainkan terdapat bukti yang menunjukkan terdapat najis padanya. Kaedah fiqah mengatakan bahawa:
Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci.
Oleh itu sebarang pinggan mangkuk adalah suci melainkan sekiranya dapat dipastikan ia diperbuat daripada bahan yang tidak halal seperti terdapat label bone china (diperbuat daripada tulang haiwan.
2. Apa yang menjadi kewajipan adalah menggunakan produk pencuci yang halal iaitu yang tidak mengandungi unsur atau bahan yang haram dengan cara memilih produk yang terdapat logo atau pengiktirafan halal. Sekiranya amat sukar didapati di pasaran, maka harus menggunakan produk lain yang terbukti tidak mengandungi bahan yang diharamkan daripada senarai bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut.
Sekian, terima kasih.