Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum.
situasi saya, ayah membeli kerata guna nama ayah. 2 tahun pertama ayah membayar bulan-bulan. Apabila sy tamat belajar, ayah beri saya kerata tersebut dan saya bayar bulan bulan. Pada tahun ke-4, sy beli kerata baru dgn menggunakan kereta yg diberi oleh ayah kpd saya. Kerata baru ini syg tidak tukar kepada nama sy. Sy tetap menggunakan nama ayah sy. Kereta baru ini dibayar habis oleh sy dan tidak juga tukar nama. Setelah beberapa tahun, sy tukar kereta ini dgn kereta baru. Lagi sekali sy tetap menggunakan nama ayah sy. Sekarang ayah sy sudah tiada. Bagamana hukum faraid atas kereta ini dgn ibu dan 2 adik perempuan sy. Kereta pertama, 2 tahun ayah sy byr slebih nya sy. Kereta ke-2 dan ke-3 sepenuhnye sy yg bayar. Minta pencerahan dr pihak tuan. Terima kasih
Jawapan
Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan bahawa ayah tuan telah memberikan kereta itu kepada tuan selepas tamat belajar, ini bermakna kereta tersebut telah menjadi milik tuan, walaupun kereta tersebut didaftarkan kepada ayah. Begitu juga kereta baharu ke 2 yang tuan beli menggunakan kereta yang dihadiahkan oleh ayah, dengan mendaftarkan kereta yang baharu itu menggunakan nama ayah, ia adalah milik tuan. Tambahan pula, tuan sendiri yang membayar kereta tersebut. Begitu kereta yang ke 3. Ia bukanlah harta pusaka ayah. Bagi proses penukaran hak milik selepas kematian boleh merujuk kepada Pejabat Pembahagian Pusaka bagi pengurusan harta pusaka kecil di daerah tuan.
Sekian, terima kasih.