BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..ustaz,saya ada 1 kemusykilan nk tanya,pada 1 hari,Sy telah ditangkap oleh polis kerana melakukan beberapa kesalahan,semasa didalam lokap,saya berkata dgn kawan saya yg sama2 ditangkap," kalau aku bebas NIE aku nk nikah dgn sipulan BT sipulan,dan alhamdulillah Sy bebas akhirnya, kemudian Sy bercerita dgn mak saya tentang perkara yg Sy nazar ketika waktu itu,tetapi ibu Sy tak nak saya menikah dgn sipulan itu..die x restu..mcm mane tu ustaz?sedangkan Sy dh bernazar..mohon pencerahan nya ustaz


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Di dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Shafi'i, nazar daripada sudut istilah ialah apa yang disebutkan oleh para ulama’ iaitu:

اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء

Maksudnya: Mewajibkan atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak ditentukan dalam syara’, sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara. 

Hukum melunaskan nazar adalah WAJIB sebagaimana hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu. (Riwayat al-Bukhari)

Justeru itu, berdasarkan lafaz "kalau aku bebas ni aku nak nikah dengan sipulan bt. sipulan"  adalah lafaz bukan nazar yang tidak diikat dengan lafaz yang mewajibkan sesuatu ke atas dirinya seperti:

"Jika aku bebas maka aku bernazar akan bernikah dengan sipulan" atau "Jika aku bebas, wajib ke atasku bernikah dengan sipulan". Oleh itu dalam pemasalahan ini ia tidak dianggap sebagai nazar meskipun terbit niat nazar di dalam hati untuk melakukan perbuatan tersebut. Hal ini kerana, nazar tidak memadai dengan niat sahaja bahkan perlu dilafazkan dengan lafaz yang padanya ada pengertian mewajibkan baginya tunaikannya seperti aku bernazar akan sekian atau wajib atasku akan sekian. Dan sekiranya nazar sekalipun, lafaz ini tidak diikat dengan waktu. Selain itu, perlu difahami, menikahi seseorang  itu perlu kepada redha orang yang hendah dinikahi iaitu calon isteri sedangkan calon isteri itu tidak terikat dengan nazar seseorang. Jelas, lafaz ini lebih kepada hasrat dan azam tetapi tidak sampai kepada maksud nazar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 88

message user image