BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam, di sini saya ingin bertanyakan hukum seorang suami yang tidak memberi nafkah yang sepatutnya kepada seorang isteri, sedangkan ada potongan wajib ke atas isteri dari gaji suami, persoalannya di sini adakah di kira sebagai hutang suami kepada isteri jika suami memegang kad bank isteri untuk senang mengambil semula duit yang diperuntukkan untuk isteri dari gaji suami, sebagai contoh peruntukkan isteri rm700 sudah ditetapkan pemotongan dari gaji askar dari pihak tentera, tetapi suami dengan sewenangnya memegang kad bank isteri untuk senang mengambil wang tersebut dan cuma memberi rm200 kepada isteri dan selama 6tahun perkahwinan suami langsung tidak memberi sedikit wang dari peruntukkan tersebut, bermula tahun ke 7 sehingga 13 tahun perkahwinan baru duit cuma rm200 dari jumlah sepatutnya diberikan.ringkasannya saya ingin mengetahui adakah dikira suami berhutang dengan isteri sedangkan itu potongan wajib ke atas isteri di dalam askar. Jawapan dari mufti akan saya beri kepada suami untuk pengetahuan agamanya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pemberian nafkah suami kepada isterinya adalah mengikut kemampuan suami, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (at-Talaq : 7) Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. (al-Baqarah : 233) Adapun, jika potongan sebanyak RM700 yang diperuntukkan itu diambil semula oleh suami untuk kegunaan kehidupan rumahtangga seperti membayar rumah, kereta, menyediakan perbelanjaan makan, minum, pakaian, keperluan anak-isteri dan sebagainya, ia tidaklah dikira sebagai hutang kerana suami menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Namun, jika sebaliknya ia dikira mengambil hak isteri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 287

message user image