BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya berkaitan nafkah batin. Saya dan suami dah berkahwin 12tahun mempunyai 4 orang anak.

Lepas mengandung anak no 4. Suami tak pernah menyentuh dan tidur berasingan dengan saya sehingga anak yang ke empat berumur 2 tahun. 

Perkara ni dah pernah jadi semasa anak sulung, suami tak sentuh juga sehingga ank berumur 2 tahun. Suami hanya sentuh bila saya dah bawa perkara ke mahkamah. Berbincang dan berubah. Tapi terjadi lagi perkara ni berulang-ulang sampai saya rasa malu nak menyuarakan lagi masalah ni. Saya pernah tanya alasan, dan suami cakap tiada apa-apa. Pernah check segala phone tak ada tanda curang dan hari-hari suami balik rumah. Bab jaga anak,nafkah zahir walaupun tak sempurna semua saya boleh terima. Tapi bab nafkah batin saya rasa macam tunggul kayu. Tak dihargai,tak dihormati,tak pernah disayangi,tak disentuh,tidur berasingan. Saya sampai hilang rasa sayang rasa hormat. Hidup cuma macam rakan serumah. Berdosa tak kalau saya minta fasakh? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam sistem kekeluargaan Islam, pasangan mempunyai hak dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakankan kepada pasangannya masing-masing. Apabila mana-mana pasangan sama ada suami atau isteri tidak melaksanakan hak atau tanggungjawab terhadap pasangannya maka ia sudah pasti akan menyebabkan berlakunya pengabaian, salah faham, konflik, kemudaratan dan sebagainya. Oleh itu, dalam sistem perundangan Islam, bila berlaku situasi seumpama ini, maka mana-mana pihak sama ada suami atau isteri boleh menuntut hak masing-masing di mahkamah secara adil dan saksama. Sebab itulah tidak dikira berdosa atau bersalah sekiranya isteri untuk menuntut keadilan haknya di mahkamah sama ada melalui fasakh, taklik atau sebagainya, asal sahaja tuntutan itu mempunyai bukti yang kukuh serta alasannya itu munasah pada hukum syarak.

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 70

message user image