Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya ingin bertanya sekiranya lelaki perempuan berkahwin dan status pengantin lelaki tersebut merupakan anak tidak sah taraf ,setelah berkahwin mereka mempunyai anak perempuan. Tiba masa anak perempuan nak berkahwin , bolehkah sibapa menjadi wali kepada anak perempuan tersebut
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan, bapa tersebut layak menjadi wali kepada anak perempuannya kerana pernikahan si bapa dan isterinya itu adalah sah pada syarak dan anak perempuan itu pula adalah anak sah taraf yang lahir dari pernikahan yang sah pada syarak. Status si bapa yang tidak sah taraf itu tidak memberi kesan kepada hak dan kelayakannya untuk menjadi wali kepada pernikahan anak perempuannya.
Terima kasih.