BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum..saya ada seorang sahabat yang baru saja kehilangan suami,dalam tempoh iddah beliau sering kali keluar rumah tanpa ada tujuan penting..beliau akan bawa anak anak nya keluar ke pusat membeli belah,saya telah cuba menasihati beliau,tapi beliau mengatakan beliau hanya ingin menggembirakan anak anak saja,supaya anak nya tidak berterusan dalam kesedihan,apakah salah, jika saya menegur cara nya itu?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tidak salah jika puan menegur sahabat tersebut dan mengingatkannya sebagai tanda prihatin. Namun, tidak menjadi kesalahan juga bagi balu untuk keluar dari rumah dalam tempoh iddah untuk mendapatkan keperluan bagi dirinya dan anak-anak dengan syarat balu tersebut menjaga adab dan penampilannya. Boleh rujuk link berikut untuk maklumat selanjutnya :

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/17/6-taudih-al-hukmi-hukum-keluar-bekerja-bagi-wanita-beriddah-kematian-suami/

Jika tujuan beliau keluar adalah untuk menggembirakan anak-anaknya dan menghilangkan rasa kesunyian serta kesedihan adalah dibenarkan dengan batas yang tertentu dan tidak terlalu kerap. Sebaiknya-baiknya ada ahli keluarga atau sahabat yang boleh dipercayai untuk membawa anak-anaknya keluar kerana yang beriddah adalah ibu bukan anak-anaknya. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 117

message user image