BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah boleh saya bersolat dalam keadaan berpeluh selepas bersukan contoh seperti sukan di dalam gimnasium atau badminton dimana sukan begini kurang terdedah kepada najis? Sah atau tidak solat saya? Apakah status solat saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, status solat tersebut adalah sah, kerana peluh tidak dikira sebagai najis tetapi dikategorikan sebagai kotoran sahaja. Walaubagaimanapun, dalam menjaga sahnya solat adalah disarankan supaya bersuci terlebih dahulu supaya ia tidak menganggu perlaksanaan solat dan kekhusyukan dalam ibadah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 157

message user image