BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan saya, suami saya seorang yang mengambil barang terlarang. Baru2 ini telah membuat sumpah dalam bentuk rakaman video. Untuk berhenti mengambil brg terlarang, jika mengambilnya dia akan melepaskan saya atau pun bercerai. Tapi bru2 ini saya dapati dia masih mengambil terlarang itu, dan saya mengingati nya mengenai video rakaman yang dibuat. Tetapi dia tidak mengendahkan nya, ada kah lafaz cerai itu jatuh? Mohon pencerahan Ustaz, sekian terima kasih.. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengetahui lafaz taklik talak yang diucapkan oleh suami dengan tepat adalah sangat penting di dalam menentukan sama ada suatu laklik talak itu sah atau tidak. Tanpa mengetahui dengan sebenar lafaz taklik talak yang diucapkan, maka jawapan tidak dapat diberikan dengan tepat. 

Secara umum, sekiranya ucapan tiu berbentuk khabari (perkhabaran/ pemberitahuan) atau menyatakan hasrat seperti: "Jika saya ambil barang itu lagi, saya akan ceraikan engkau" atau "kita bercerai", maka taklik talak tidak berlaku. Sekiranya suami mengambil barang itu, suami perlu melafazkan talak jika ingin menceraikan isteri.

Hanya sekiranya ucapan itu berbentuk insya'i (berkuatkuasa serta merta) seperti ucapan suami kepada isteri: "Kalau saya ambil barang itu lagi, maka engkau tercerai", maka taklik talak boleh berlaku. Jika suami mengambil barang tersebut, maka talak akan berlaku dengan serta merta. 

Walau bagaimanapun, pihak yang berbidangkuasa di dalam menentukan jatuh atau tidak talak, sah atau tidak taklik talak adalah Mahkamah Syariah, maka disarankan untuk melaporkan perkara tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk mendapat kepastian dan saranan dengan kadar segera jika perlanggaran taklik berlaku.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 79

message user image