Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum
Saya nk tanye berkenaan ibadah korban.Apakah hukum jika saya nak buat korban utk ibu bapa saya selang 2hari selepas kakak sy buatkan untuk ibu bapa sy?kakak nak buat pd raya haji pertama ini dan sy mmg bercadang nk buat qurban untuk tp pada hri raya haji ketiga tahun ni..jadi bolekah bg sy pencerahan dr segi hukum sama ada bole atau tidak..terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, menurut pandangan ulama, melaksanakan korban bagi orang lain yang masih hidup, termasuk ibu bapa, adalah sah sekiranya mendapat keizinan daripada mereka. Ini kerana ibadah korban memerlukan niat dan keikhlasan daripada individu yang melaksanakannya. Tanpa keizinan atau pengetahuan mereka, korban tersebut tidak dianggap sah. Oleh itu, melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapa selang dua hari selepas korban sebelumnya yang juga untuk ibu bapa adalah diharuskan dan sah sekiranya mendapat keizinan daripada ibu bapa.
Sekian, terima kasih.