BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/ Puan,

Saya ada soalan berkaitan dengan kiraan tempoh haid. Beberapa bulan kebelakangan ini, saya ada keluar spotting dan saya check menstrual calendar, itu adalah tarikh ovulation. Tapi saya keliru bila spotting itu berlaku ketika masih dalam tempoh maksimum haid, iaitu 15 hari. Untuk pencerahan, tarikh haid saya bermula pada 6/6/2025, dan saya mandi wajib pada 13/06/2025. Namun pada 19/07/2025, ada spotting coklat dalam jumlah yang sangat sendikit kerana bercampur dengan cairan yang jernih. Jadi, apakah hukum dalam situasi sekarang? Adakah ianya dikira sebagai haid atau ianya hanya spotting disebabkan ovulasi dan saya dapat meneruskan solat dan ibadah lain seperti biasa. Mohon pencerahan. Terima kasih Tuan/Puan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam manakala tempoh minimum suci daripada haid adalah 15 hari. Haid pula boleh dikenalpasti melalui warna darah yang keluar seperti kehitaman, merah, kuning atau warna keruh dan berbau. Perkara ini boleh ditentukan dengan melihat kepada waktu kebiasaan haid. Sekiranya darah keluar seperti warna yang dinyatakan dalam tempoh kurang 15 hari (6 Jun hingga 20 Jun), maka ia dikira haid walaupun ada tempoh terputus (ia digelar naqa'). Sekiranya masih keluar darah selepas hari ke-15, maka ketika itu ia dikira istihadah.
Oleh itu, pada 19 Jun tersebut darah coklat yang keluar adalah masih dalam tempoh haid dan ia dikira haid. Justeru, ibadah solat dan lain-lain adalah tidak perlu dilaksanakan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 65

message user image