BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Jabatan Mufti Negeri Selangor. Saya ingin bertanya satu soalan, ketika saya dan suami bergaduh, suami sy terifikir didalam hati untuk menceraikan saya tetapi tidak melafazkan talak secara lisan. Setelah kami berbaik, kami berbincang adakah jatuh talak jika hanya didalam hati kemudian suami bertanya, adakah dia ada melafazkan "aku ceraikan kau Nabila dgn talak 1" semasa bercakap di telefon atau didalam aplikasi whatsapp semasa pertengkaran kerana kami duduk berjauhan. Suami tidak ada melafazkan begitu tetapi hanya menulis di dalam whatsapp. Adakah pertanyaan suami melafazkan "aku ceraikan kau Nabila dengan talak 1" itu sah walaupun hanya sebagai contoh pertanyaan? Dan adakah niat menceraikan didalam hati semasa marah itu dikira sah? Semoga Jabatan Mufti Negeri Selangor dapat menjawab pertanyaan saya ini. Assalamualaikum.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Antara rukun talak adalah mesti terdapatnya sighah (lafaz) yang merujuk kepada talak sama ada secara sorih (jelas) mahupun kinayah (samar-samar). Bagi situasi pertama, tidak jatuh talak kerana tiada sebarang lafaz yang diucapkan. Namun, jika terdapat lafaz walaupun dalam bentuk penulisan dan disertakan dengan niat talak, maka ketika itu jatuh talak. Bagi situasi kedua pula, lafaz talak yang dibincangkan dalam bentuk persoalan tersebut tidak dikira walaupun disebut secara jelas jika tidak disertakan dengan niat talak. 

Walaupun begitu, adalah disarankan kepada puan dan suami untuk merujuk perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah bagi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dengan mengambil kira semua keadaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 98

message user image