BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...saya nak bertanya berkaitan hukum buat semakan semula untuk keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ada pihak yang mengatakan ia adalah haram.Konsep yang diaplikasikan dikatakan sama seperti judi.Contohnya ;-

Kita bayar Rm100 untuk satu subjek bagi semakan semula keputusan dalam keadaan kita tak pasti sama ada keputusan kita akan "kekal" atau "berubah".Konsep yang diguna pakai oleh pihak Lembaga adalah jika status gred peperiksaan saya berubah , maka gred peperiksaan bagi subjek tersebut hanya akan meningkat.Contohnya dari "B+" ke "A".Tetapi jika status gred peperiksaan saya kekal , maka tiada perubahan gred.Maknanya gred saya akan kekal "B+".Tiada istilah penurunan gred apabila kita buat semakan semula.Contohnya dari "B+" ke "E".

Terima kasih kerana sudi menjawab dan saya berharap pihak Jabatan Mufti boleh keluarkan fatwa atau penjelasan berkaitan isu ini.Yalah , pelajar SPM setiap tahun melebihi 100K murid.Saya risau juga kalau kami ni dah dididik dari zaman sekolah untuk berjudi.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, tujuan semakan semula adalah untuk mendapatkan keadilan akademik jika berlaku kesilapan fakta dalam pemeriksaan. Kos bayaran yang dikenakan untuk semakan semula keputusan SPM tidak dianggap sebagai judi, tetapi ia adalah kos perkhidmatan yang ditetapkan sebagai syarat semakan semula bagi membetulkan fakta jika berlaku kesilapan dan bukannya berbentuk taruhan. Ia tidak melibatkan keuntungan atau kerugian mana-mana pihak sama ada pelajar atau pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image