BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Baru-baru ini saya ada membaca yang talak boleh jatuh walaupun seorang diri. Kemudian saya berfikir yang dalam kristian talak tidak jatuh bila bercakap seorang diri. Entah macam mana pun tak tahu tiba-tiba timbul dalam fikiran saya yang mengatakan kristian lebih baik dari Islam. Saya cuba menepis fikiran tersebut dengan mengatakan Kristian lebih baik dari Islam hanya dalam bab talak sahaja tanpa ada niat merendahkan Islam. Dua hari kemudian saya tersedar yang fikiran tersebut boleh menjejaskan akidah saya. Saya menyesal yang amat sangat sampai saya tertekan dan sentiasa berfikir tentang perkara tersebut. Saya nak tahu apa yang harus saya buat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, pensabitan talak hanya berlaku apabila mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Islam. Ia juga mesti dirujuk di Mahkamah Syariah sebagai pengesahan. Adapun talak adalah perkara yang dibenci oleh Allah SWT sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: أبغض الحلال إلى الله الطلاق Maksudnya : “Sebenci-benci perkara yang halal disisi Allah ialah talak” (Riwayat Ibnu Majah) Syariat Islam adalah lebih baik dari agama lain dalam semua perkara. Firman Allah SWT : إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ Maksudnya : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. ” (ali- Imran : 19) Justeru, bertaubat dan elakkan daripada berfikiran negatif terhadap hukum Islam. Dapatkan bacaan yang berautoriti bagi memahami sesuatu perkara, boleh rujuk kitab fiqh bab talak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 106

message user image