BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Ibu saya nikah dengan bapa saya semasa saya di dalam kandungan ibu saya. Kanndungan ibu saya mencecah 4 bulan. Saya telah berkhawin berwalikan hakim. Saya ada adik perempuan yang belum berkhawin. Soalan saya, adakah adik saya juga perlu berwalikan hakim kerana saya pernah mendengar jika bernikah semasa hamil nikah itu tidak sah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adik perempuan puan tidak perlu menggunakan wali hakim jika ingin bernikah kelak, kerana beliau dilahirkan selepas pernikahan ibu dan bapa puan. Berlainan dengan kes puan, kerana ibu puan telah mengandungkan puan ketika usia kandungan 4 bulan sebelum bernikah dengan bapa puan. Pernikahan bagi wanita yang sedang hamil, adalah sah dengan syarat pernikahan itu memenuhi rukun dan syarat nikahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 118

message user image