Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM,
SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN IBU SAYA . UMUR SUDAH 85 TAHUN.
IBU SAYA SERING TIDUR SEPANJANG HARI , DIA AKAN BANGUN CUMA UTK MANDI, MAKAN DAN SOLAT , SELEBIH NYE DIA AKAN TIDUR SAJA.
SYA SEBAGAI ANAK ADA JUGA NASIHAT TAK ELOK TIDUR BERLEBIH2, ADA MASA KAMI ANAK2 AKAN TERMARAH , SBB MAKIN DI TEGUR MAKIN MENJADI2.
AYAH PULA SEDANG SAKIT TAK DI ENDAH KAN, AYAH PULA SELALU MARAH2 EMAK SBB KERAP TIDO.
JADI APA PERLU SAYA DAN ADK BERADIK LAIN BUAT ..
BERDOSA KE KAMI MARAH ?
Jawapan
Perbuatan memarahi ibu bapa walaupun mereka uzur tetap dikira berdosa. Teruskan nasihati mereka dengan penuh sabar dan anggap sahaja mereka sudah tidak secerdas dulu lagi untuk memahami satu-satu perkara. Ambil lah peluang yang ada ini untuk berbakti kepada mereka. Jika berasa penat atau kurang sedap hati boleh ambil masa untuk bertenang dahulu. Kita semua manusia yang ada hati dan juga emosi. Layanlah mereka dengan sebaiknya.
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Sungguh hina. Sungguh hina. Sungguh hina. Baginda SAW ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Sesiapa yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. (Riwayat Muslim)
Sekian, terima kasih.