BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang permasalahan penceraian yang telah berlaku pada diri saya untuk kedua kalinya. Untuk makluman, dengan bekas isteri pertama saya ada 4 orang anak di bawah jagaan saya. Dengan bekas isteri kedua ada seorang anak di bawah jagaan dia. Saya telah berpisah selama masuk 5 tahun. Semasa berpisah, anak masih dalam awal kandungan kerana dia telah keluar rumah tanpa keizinan saya dengan lelaki lain. Soalan pertama saya, adakah itu nusyuz? Setelah hampir 5 tahun, saya masih memberi tanggungjawab pada anak perempuan yang telah lahir mengikut kemampuan saya. Masalah yang timbul sekarang, dia kerja melompat-lompat, sampai kan sewa rumah dan keperluan lain masih mengharap pada saya padahal segala deposit atau permulaan hidup nya saya sudah dahulukan sampai terpaksa berhutang. Lagi pun saya ada tanggungan lain. Pada awal nya, dia berjanji akan bekerja dan membayar sewa rumah dan keperluan lain untuk diri dia sendiri, manakala anak yang di bawah jagaan dia, saya akan uruskan apabila dia bekerja. Namun sebaliknya berlaku bila dia masih berhenti kerja dan tidak bekerja sampai sekarang di mana sewa rumah yang dia duduk sekarang perlu di bayar sedang kan saya banyak yang saya perlu tanggung termasuk hutang-hutang saya. Tetapi dia tetap meminta berlebihan nafkah anak saya itu. Saya sekarang berada dalam situasi buntu mengenangkan masalah ini. Saya ada berkata padanya agar anak saya itu biar di bawah jagaan saya agar dia boleh bergerak meneruskan hidupnya. Untuk pengetahuan, keluarganya juga termasuk abang-abangnya tidak ambil peduli masalah adik dia setelah kematian bapa nya. Kesimpulannya, saya sering didesak memenuhi keperluannya melebihi apa yang sepatutnya saya beri kepada anak di bawah jagaannya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Dari segi syarak, jika benar perbuatan isteri tuan keluar bersama lelaki lain tanpa izin tuan sebagai suami, maka boleh dikira sebagai nusyuz . Kerana menurut Imam Syafi’i, nusyuz adalah derhaka dan tidak taat. Namun penentuan status isteri samada nusyuz atau pun tidak, ianya adalah melalui proses dan perintah daripada Mahkamah Syariah. 2. Secara umumnya menurut pandangan syarak, seseorang suami wajib membayar nafkah ‘iddah selepas perceraian yang disahkan oleh Mahkamah Syariah. Sekiranya suami enggan akan dianggap sebagai hutang dan masih boleh dituntut. Namun, apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima nafkah. Sebaiknya, tuan bolehlah membuat tuntutan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah agar urusan nafkah dan kebajikan anak-anak dapat diurus dengan baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 156

message user image