BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Dato' Mufti 

Saya nak bertanya tentang adab ibu bapa 

 

soalan saya jika ibubapa saya mahu pinjaman nama/payslip atau apa-apa dokumen untuk berhutang adakah wajib kami adik-beradik bagi dokumen tersebut? sbb kami tak bagi hutang tersebut bukanlah hutang yang perlu tetapi hanya untuk tambah baik kehidupan (life style) ini akan membebankan hutang mereka yang sudah berumur. adakah berdosa kami menidakkan keinginan mereka sehingga mereka terasa sampai nak kata kami anak derhaka.. kami sayang ibubapa kami tp tak nak mereka terjerat pada hutang yang tidak perlu..makan minum rumah semua lengkap tp nak gaya hidup mewah kami belum mampu bg.. mohon pandangan tuan mufti 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada situasi dan persoalan yang dikemukakan, ibu bapa merupakan satu anugerah yang istimewa bagi setiap manusia. Dalam Islam juga dituntut kepada anak-anak agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 23:

 (23) وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّۢ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًۭا كَرِيمًۭا

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dalam situasi tuan, sekiranya anak-anak tidak mampu menyara ibu bapa secara mewah kerana ada tanggungan yang lain untuk kelangsungan hidup, dinasihatkan agar menolak permintaan mahupun keinginan ibu dan ayah tuan dengan cara yang baik serta berbincang secara damai mencari jalan tengah untuk menyelesaikan situasi tersebut. Berhutang adalah dalam perkara yang perlu dan mendesak sahaja bukan untuk tujuan bermewah-mewah. Manakala, di pihak ibu bapa pula, tidak begitu mendesak anak-anak memenuhi keinginan, serta perlu memahami sudut tanggungan anak-anak untuk menjalani hidup seharian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image