Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saya ingin mengajukan satu soalan berkenaan satu keychain yang diberikan oleh kawan kepada saya. Pada awalnya saya tidak perasan bentuknya, tetapi setelah saya perhatikan semula, saya menjadi was-was kerana ia kelihatan menyerupai salib.
Soalan saya:
Jika saya was-was dan kemudian pasti bahawa bentuk keychain itu memang benar menyerupai atau menyerlahkan bentuk salib, apakah hukum menyimpannya? Perlukah saya membuangnya, atau adakah tindakan lain yang wajar menurut pandangan Islam?
Saya mohon penjelasan dan nasihat daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, was-was boleh berpunca daripada bisikan syaitan yang mempengaruhi seseorang untuk ragu-ragu khususnya dalam urusan ibadah. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nas ayat 5 dan 6:
Maksudnya: Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.
Firman Allah SWT lagi dalam surah Yunus ayat 36 :
Maksudnya : Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Namun sekiranya key chain tersebut mengganggu hidup seharian tuan, boleh sahaja diberikan kepada orang lain atau dibuang sahaja.
Sekian, terima kasih.