BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin membuat pertanyaan. Adakah wajib individu A untuk membayar hutang kereta yg telah ditarik 20 tahun yang lalu, sedangkan kereta itu bukan milik A tetapi hanya menggunakan namanya. Saya musykil adakah berdosa jika hutang itu tidak bayar atas alasan bukan milik A tetapi atas nama sahaja. Individu B yg menggunakan nama A untuk membuat pinjaman. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam perkara ini individu A perlu merujuk kembali kepada perjanjian dan syarat semasa pembelian kereta tersebut dibuat. Hakikatnya, individu A sebagai penama dan pemilik kereta tersebut, walaupun kereta digunakan oleh orang lain (individu). Pihak bank tidak berurusan dengan orang yang menggunakan kereta tersebut. Sebaliknya, akan menghubungi individu A sekiranya kereta tersebut tidak dibayar dan kesannnya nama individu A akan disenaraikan sebagai penghutang kepada pihak bank. Jika individu A meninggal dunia, ia juga dikira sebagai hutang ke atas individu A. Adapun, jika individu B sudah berjanji yang beliau akan membayarnya kepada individu A setiap bulan, sebaiknya perjanjian tersebut direkodkan/ didokumenkan dan ditandatangani sebagai suatu perjanjian yang mutlak. Individu A boleh membuat tuntutan ke atas individu B sekiranya beliau memungkiri janjinya. Jika individu A meninggal dunia, warisnya juga boleh menuntut wang pembayaran tersebut sebagaimana yang telah direkod diantara individu A dan B. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. ” (al-Baqarah : 282) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 169

message user image