BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Saya ingin bertanya apakah hukum saya bekerja di sebuah syarikat yang ada hubungan atau kerjasama dengan syarikat yang menyokong Israel.Sebagai contoh saya bekerja di syarikat CTRM yang ada kerjasama dengan syarikat seperti Boeing dan Airbus.Setahu saya kedua dua syarikat ini ade terlibat dalam membuat peralatan ketenteraan Israel.Jadi apakah hukum saya bekerja di syarikat CTRM .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, bekerja di syarikat seperti CTRM yang mempunyai kerjasama dengan syarikat antarabangsa yang menyokong Israel seperti Boeing atau Airbus adalah diharuskan selagi mana pekerja tidak terlibat secara langsung dalam pembangunan atau penyediaan peralatan yang digunakan untuk menindas umat Islam. Hukum ini berdasarkan prinsip syarak yang hanya melarang penglibatan secara nyata dalam perkara yang haram serta mengambil kira keperluan hidup dan realiti ekonomi semasa. Jika syarikat pekerja itu bekerja ditubuhkan khusus untuk menyokong penindasan terhadap umat Islam atau menghasilkan produk yang bercanggah dengan syarak, maka hasil pekerjaannya menjadi syubhah dan perlu dielakkan. Namun, jika syarikat tersebut hanya menghasilkan produk atau perkhidmatan biasa sementara pemiliknya secara peribadi menyumbang kepada perkara yang tidak patuh syariah, maka bekerja di syarikat tersebut tetap harus. Meskipun begitu, jika ada peluang pekerjaan yang lebih baik maka adalah digalakkan untuk beralih agar rezeki lebih berkat dan solidariti terhadap umat Islam terjamin.

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image