BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Al Fadhil Ustaz yang dimuliakan, soalan saya, apakah hukum membuat majlis tahlil untuk jenazah kanak kanak belum akil baligh? Boleh bagi pencerahan yang lengkap, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hukum melaksanakan majlis tahlil adalah harus. Lazimnya, majlis tahlil diadakan dengan tujuan menghadiahkan pahala bacaan ayat al-Quran, zikir, dan selawat kepada arwah. Umum mengetahui bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak menanggung dosa dan dijamin syurga. Oleh itu, tidak menjadi kesalahan jika tidak mengadakan majlis tahlil untuk arwah kanak-kanak yang belum baligh. Begitu juga, hukumnya tetap harus jika ingin melaksanakan majlis tahlil untuk mereka. Selain sebagai majlis menghadiahkan pahala kepada arwah, hakikatnya majlis tahlil juga merupakan satu majlis zikir yang baik untuk dianjurkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image